top of page
Recent Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Featured Posts

TENGKOLOK

  • Writer: jacqueline denes
    jacqueline denes
  • Oct 25, 2017
  • 1 min read

Good morning gaisss, pagi ni jacq nak tunjukkan kat korang jenis-jenis tengkolok. Gamba kat bawah ni adalah sebahagian tengkolok yang dibawa oleh encik julani. Tengkolok tersebut adalah merupakan tengkolok yang dibuat daripada pelbagai jenis kain. Contohnya,kain batik,kain cotton,kain songket dan banyak lagi. Tengkolok yang dibuat daripada kain bundle pun ada jugak gais...Tengkolok yang dihasilkan adalah untuk semua peringkat usia dan dibuat khusus untuk kelab kebudayaan yang ada di puncak alam. Tengkolok yang dihasilkan bukan hanya untuk penduduk sekitar itu sahaja malah tempahan untuk orang luar jugak dialu-alukan. Namun,dari apa yang encik julani bagitahu jacq kat puncak alam ni budaya memakai tengkolok adalah satu kebiasaan bagi penduduk setempat. yelaaaa,seni kebudayaan di puncak alam tu semakin meluas dan semakin aktif kalau nak dibandingkan dengan tempat lain jauh bezanya kot. Jacq bersyukur kerana seni kebudayaan melayu ni masih lagi diamalkan oleh masyarakat melayu. Walaupun jacq non-muslim itu bukan lah penghalang malah kita sebagai masayarakat malaysia yang bersatu hati dan berbilang bangsa yang membuat jacq rasa kesenian melayu yang ada tu kalau boleh jangan pupus ditelan zaman. Tak kira apa pun bangsa,agama,budaya masyarakat itu kesenian yang sedia ada sewajarnya kita pertahankan untuk mengekalkan identiti kita sebagai sebuah negara yang aman,bersatupadu.

(contoh-contoh tengkolok yang ada)

Gambar dibawah adalah contoh tengkolok yang ada.

Tengkolok Lang Menyambar

Tengkolok dendam tak sudah dengan sanggul kelopak mawar

Tengkolok ayam teleng

Contoh tengkolok dendam tak sudah yang dibuat khas untuk kanak-kanak ada seperti gambar dibawah.


 
 
 

Comments


  • Black Instagram Icon
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page