top of page
Recent Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Featured Posts

Cara Lipatan..

  • Writer: jacqueline denes
    jacqueline denes
  • Nov 1, 2017
  • 2 min read

Hello gais, hari ni jacq nak share dengan korang cara lipatan tengkolok. Sebelum melipat or membuat tengkolok kita kena lah ada bahan bahan yang cukup untuk menghasilkan tengkolok. Sebagai contoh kain yang akan digunakan contohnya kain songket ke or kain batik ke mengikut kehendak kita laa.... Rekaan tengkolok biasanya berkait rapat dengan status sipemakai. Apa yang dipakai oleh rakyat biasa berbentuk simpulan dan diubahsuai dari rekaan asal yang dipakai oleh raja. Rakyat tidak boleh memakai bentuk tanjak yang sama dengan bentuk tanjak raja atau sultan.Kebanyakan tanjak sekarang dibuat dari kain songket. Untuk membuatnya, kain songket bersaiz 31 x 31 diambil dan dilipat dua kepada bentuk tiga segi bersama kertas keras, sebelum digosok dan dijahit.

gamba dibawah adalah cara kita untuk mengukur kain songket yang hendak digunakan bagi membentuk segi tiga yang tepat.

Untuk membuat bentuk tertentu, dawai atau lidi akan dimasukkan bersama lipatan supaya tanjak terbentuk keras dan cantik pada segi tertentu.

Sebagai contoh gamba dibawah adalah lipatan segi tiga yang telah dibuat untuk menghasilkan tengkolok.

Gamba kat bawah ni pulak contoh kain tengkolok yang dah dilipat dan sedia untuk dibentuk mengikut size kepala si pemkai. Terdapat beberapa jenis tengkolok yang tidak dapat diubah size yang telah dibuat namun kebanyakkan tengkolok zaman sekarang ianya boleh di adjust mengikut size sesiapa yang memakainya. Berdasarkan dari apa yang encik juliani bagitau jacq.. kain yang dilipat biasanya akan di seterika terlebih dahulu bagi mendapat bentuk yang tepat dan memudahkan kita untuk melipat semula sekiranya ianya terbuka balik.

Kain yang digunakan biasanya kain cotton kerana ianya lebih selesa untuk si pemakai dan memudahkan encik julani untuk menambah hiasan yang ditempah oleh pelanggan beliau.Contohnya kerongsang bagi mencantikkan lagi tengkolok yang beliau hasilkan. Tempahan yang dibuat oleh encik julani adalah khusus untuk ahli kelab kebudayaan dan muzik melayu nusantara puncak alam.

okay jacq cite berkaitan harga pulak dengan korang. Kalau dulu wajarlah sekiranya kita dengar tengkolok mahal betul x. Tengkolok dahulu mahal sebab kain yang digunakan adalah daripada kain songket yang asli. Jika nak dibandingkan dengan yang sekarang jauh bezanya. Zaman sekarang semuanya moden termasuk cara menjahit dan kain yang digunakan untuk menghasilkan tengkolok. Dahulu kebanyakkan tengkolok dihasilkan khusus untuk keturunan diraja sahaja dan ianya dibuat menggunakan kain songket yang asli . Namun zaman sekarang ianya berubah kerana zaman sekarang kebanyakkan yang membuat tengkolok ini menggunakan kain yang terpakai bagi. Jadi WAJAR lah sekiranya tempahan yang di buat biasanya akan mencecah harga yang agak mahal, Itu pun sekiranya ianya dibuat dengan kain songket yang asli Kalau nak dibandingkan tengkolok yang dibuat dengan kain biasa.

Tengkolok Cotton : rm30 dan keatas

Tengkolok Cotton + Hiasan : rm35 dan keatas (bergantung kepada hiasan)

Tengkolok Songket : rm40 dan keatas

tengkolok songket + Hiasan : rm40 dan keatas

*bagi yang sediakan semua bahan contohnya kain dan hiasan harga akan lebih murah*

So gaisss jangan lupa tunggu post seterusnya okay.


 
 
 

Comments


  • Black Instagram Icon
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page